Rabu, 12 November 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
OBJEKTIF
1. Dapat menghafal surah-surah dari Juz Amma,
2. Memahami asas-asas fardhu ain,
3. Boleh mengerjakan solat dengan sempurna,
4. Mengetahui jenis-jenis solat
5. Dapat mengingati zikir-zikir mudah selepas solat serta doa-doa harian,
6. Beramal dengan akhlak dan keperibadian Islam
7. Berbudi pekerti mulia dengan kedua ibubapa, guru-guru, kawan-kawan dan persekitaran.
8. Dapat mengenali ilmu dakwah,
9. Mengetahui pendekatan ilmu dakwah menerusi internet,
10. Mempelajari ilmu asas motivasi diri
1. Asrama penginapan.
2. Sebuah musolla
3. Padang untuk aktiviti riadhah dan sukan
4. Makmal multimedia
5. Bilik mandi dan tandas yang bersesuaian
6. Perkhidmatan dobi
7. Persekitaran yang selamat.
8. Dewan
9. Kantin
PANDUAN KURSUS
1. Khusus ini adalah bersifat latihan mental-intelektual-spiritual yang berasaskan Tarbiyah Islamiah.
2. Untuk menjaga keharmonian dan membantu perjalanan kursus, maka satu jawatankuasa atau urusetia dilantik
3. Urusetia terdiri dari pengajar Madinatul Ilmi dan tenaga tambahan.
4. Urusetia juga menyediakan perkhidmatan perubatan dan alat bantu mula.
PERATURAN DAN ARAHAN
1. Peserta mesti mematuhi semua arahan dan peraturan yang ditetapkan.
2. Tidak dibenarkan berbual-bual kosong.
3. Peserta diwajibkan menepati masa setiap program yang dijalankan.
4. Tidak dibenarkan sama sekali ponteng mana-mana program yang dianjurkan kecuali ada keuzuran syarie dan perlu mendapat keizinan urusetia.
5. Barang-barang berharga tidak boleh dibawa.
6. Sebarang majalah dan bahan bacaan yang tidak relevan tidak dibenarkan.
7. Tidak dibenarkan merokok.
8. Sebarang senjata adalah tidak diizinkan sama sekali.
9. Peserta yang menggunakan telefon bimbit hendaklah memaklumkan kepada urusetia dan mengikut arahan penggunaannya dari masa ke semasa.
10. Peserta digalakkan berkenalan dan bertegur sapa di antara satu sama lain.
11. Sentiasa mewujudkan suasana mesra dan ceria di kalangan peserta.
12. Sekiranya terdapat sebarang masalah sila rujuk kepada urusetia untuk penjelasan.
KEPERLUAN HARIAN
1. Kelengkapan pakaian selama 3 minggu (musim hujan)
2. Kelengkapan solat (jubah putih, kopiah,(pelajar lelaki), tasbih, surah yassin dsb
3. Selimut, cadar dan sampul bantalsebuah muqaddam Juz Amma
4. Ubat-ubatan sekiranya perlu
5. Kelengkapan mandi (kain basahan, sabun, berus gigi dan ubat, syampu dsb)
6. Keperluan riadhah (seluar trek, T-shirt, kasut sukan)
7. Selipar untuk kegunaan harian
8. Alat-alatan tulis (pen, pensil, buku nota dsb)
9. Lain-lain keperluan yang dirasakan perlu dan bersesuaian dengan kursus yang dihadiri.
KESELAMATAN
· Keselamatan di sekitar tempat kursus adalah terkawal dan selamat. InsyaAllah.
· Ibubapa dibenarkan menziarahi peserta pada hujung minggu.
MAKAN MINUM
Sebanyak 5 hidangan akan disediakan iaitu:
Sarapan,Makan tengahari,,Makan malam, Minum pagi, Minum petang
TENAGA PENGAJAR
Guru hafiz bertauliah, ustaz & ustazah Madinatul ilmi dan tenaga pengajar sokongan multi-disiplin dalam bidang tertentu
Pengerusi
En. Mohd Khir Abd Ghani,
Setiausaha
En Rosli Abdullah,
Ahli Jawatankuasa
Ustaz Abdullah,
Ustaz Wan Roslan Wan Hamat
Cik Norhasidah
Ustaz Mohd Yusuf Mohd Salleh
Pengarah Program
En Mohamed Zainal Abidin b Hussin,
Pasukan Pengurusan
Kelab Sukarelawan
Tabung Amanah Tok Kenali
Madinatul Ilmi
Pondok Tok Kenali
Perasmian
YB Ust Muhammad Mustaffa,
ADUN Demit
Penutup
Dato’ Ust Mohamad Daud Al Iraqi,
Ketua Dewan Ulama’ Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan