skip to main | skip to sidebar
PROGRAM PRA TAHFIZ MUSIM CUTI

Selasa, 11 November 2008

MADINATUL ILMI


Sebahagian daripada bangunan sek ren Islam Madinatul Ilmi, Pondok Tok Kenali, Kubang Kerian
Posted by Pengarah Program at 2:31 PTG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Hujan tidak menyekat aktiviti

Hujan tidak menyekat aktiviti
Menyelusuri spider web

Rehlah di Pantai Tok Bali

Rehlah di Pantai Tok Bali
Sebahagian dari pelajar perempuan

Gotong royong selepas banjir

Gotong royong selepas banjir
Sebahagian pelajar sedang membersih kawasan sekolah

Berikan komen anda pada program ini

MAKLUMAT AM

* Untuk semua pelajar lelaki & perempuan berusia 10-15 tahun
* Kursus selama 3 minggu semasa cuti sekolah hujung tahun
* Dijalankan dalam suasana ceria
* Dilaksanakan oleh pengendali profesional multi-disiplin
* Disertai dengan aktiviti riadhah dan sukan terancang
* Dilengkapi dengan pengenalan asas ICT

OBJEKTIF

1. Dapat menghafal surah-surah dari Juz Amma,

2. Memahami asas-asas fardhu ain,

3. Boleh mengerjakan solat dengan sempurna,

4. Mengetahui jenis-jenis solat

5. Dapat mengingati zikir-zikir mudah selepas solat serta doa-doa harian,

6. Beramal dengan akhlak dan keperibadian Islam

7. Berbudi pekerti mulia dengan kedua ibubapa, guru-guru, kawan-kawan dan persekitaran.

8. Dapat mengenali ilmu dakwah,

9. Mengetahui pendekatan ilmu dakwah menerusi internet,

10. Mempelajari ilmu asas motivasi diri

KEMUDAHAN

1. Asrama penginapan.

2. Sebuah musolla

3. Padang untuk aktiviti riadhah dan sukan

4. Makmal multimedia

5. Bilik mandi dan tandas yang bersesuaian

6. Perkhidmatan dobi

7. Persekitaran yang selamat.

8. Dewan

9. Kantin




PANDUAN KURSUS

1. Khusus ini adalah bersifat latihan mental-intelektual-spiritual yang berasaskan Tarbiyah Islamiah.

2. Untuk menjaga keharmonian dan membantu perjalanan kursus, maka satu jawatankuasa atau urusetia dilantik

3. Urusetia terdiri dari pengajar Madinatul Ilmi dan tenaga tambahan.

4. Urusetia juga menyediakan perkhidmatan perubatan dan alat bantu mula.




PERATURAN DAN ARAHAN

1. Peserta mesti mematuhi semua arahan dan peraturan yang ditetapkan.

2. Tidak dibenarkan berbual-bual kosong.

3. Peserta diwajibkan menepati masa setiap program yang dijalankan.

4. Tidak dibenarkan sama sekali ponteng mana-mana program yang dianjurkan kecuali ada keuzuran syarie dan perlu mendapat keizinan urusetia.

5. Barang-barang berharga tidak boleh dibawa.

6. Sebarang majalah dan bahan bacaan yang tidak relevan tidak dibenarkan.

7. Tidak dibenarkan merokok.

8. Sebarang senjata adalah tidak diizinkan sama sekali.

9. Peserta yang menggunakan telefon bimbit hendaklah memaklumkan kepada urusetia dan mengikut arahan penggunaannya dari masa ke semasa.

10. Peserta digalakkan berkenalan dan bertegur sapa di antara satu sama lain.

11. Sentiasa mewujudkan suasana mesra dan ceria di kalangan peserta.

12. Sekiranya terdapat sebarang masalah sila rujuk kepada urusetia untuk penjelasan.




KEPERLUAN HARIAN

1. Kelengkapan pakaian selama 3 minggu (musim hujan)

2. Kelengkapan solat (jubah putih, kopiah,(pelajar lelaki), tasbih, surah yassin dsb

3. Selimut, cadar dan sampul bantalsebuah muqaddam Juz Amma

4. Ubat-ubatan sekiranya perlu

5. Kelengkapan mandi (kain basahan, sabun, berus gigi dan ubat, syampu dsb)

6. Keperluan riadhah (seluar trek, T-shirt, kasut sukan)

7. Selipar untuk kegunaan harian

8. Alat-alatan tulis (pen, pensil, buku nota dsb)

9. Lain-lain keperluan yang dirasakan perlu dan bersesuaian dengan kursus yang dihadiri.



KESELAMATAN

· Keselamatan di sekitar tempat kursus adalah terkawal dan selamat. InsyaAllah.

· Ibubapa dibenarkan menziarahi peserta pada hujung minggu.



MAKAN MINUM

Sebanyak 5 hidangan akan disediakan iaitu:

Sarapan,Makan tengahari,,Makan malam, Minum pagi, Minum petang



TENAGA PENGAJAR

Guru hafiz bertauliah, ustaz & ustazah Madinatul ilmi dan tenaga pengajar sokongan multi-disiplin dalam bidang tertentu

JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi

En. Mohd Khir Abd Ghani,

Setiausaha

En Rosli Abdullah,

Ahli Jawatankuasa

Ustaz Abdullah,

Ustaz Wan Roslan Wan Hamat

Cik Norhasidah

Ustaz Mohd Yusuf Mohd Salleh

Pengarah Program

En Mohamed Zainal Abidin b Hussin,

Pasukan Pengurusan

Kelab Sukarelawan

Tabung Amanah Tok Kenali

Madinatul Ilmi

Pondok Tok Kenali

Perasmian

YB Ust Muhammad Mustaffa,

ADUN Demit

Penutup

Dato’ Ust Mohamad Daud Al Iraqi,

Ketua Dewan Ulama’ Malaysia

Pengikut

Arkib Blog

  • ▼  2008 (5)
    • ▼  November (5)
      • Syor program tahfiz dianjur pada warga emas
      • PESERTA
      • INFO
      • MADINATUL ILMI
      • PERASMIAN & MAJLIS PENUTUP PRA TAHFIZ KENALI

Mengenai Saya

Pengarah Program
Lihat profil lengkap saya